ASAS SAINS SUKAN 1
Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.
Ahli –ahli fisiologi berpendapat bahawa kecergasan merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja harian tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa terluang dan ketika dalam kecemasan. Kecergasan juga boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap. Secara keseluruhannya kecergasan melibatkan kecergasan sosial, psikologi, dan fisiologi. Semua kecergasan di atas ditentukan oleh persekitaran, keturunan(baka), dan cara hidup seseorang itu.
Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek:
Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek:
> fizikal
>mental
> emosi
> sosial
>kerohanian
Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.
Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah perkara utama yang perlu bagi kehidupan. Menurut ahli fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan perlakuan motor.
Berasakan Kesihatan
Kecergasan keseluruhan terdiri daripada:
- Fisiologi (Fizikal)
- Sosial (Sosial)
- Psikologi (Emosi, kerohanian, mental)
Kecergasan fizikal-
Keupayaan memenuhi keperluan kehidupan seharian
Kecergasan mental-
Keupayaan untuk belajar dan berkembang secara intelektual
Kecergasan sosial-
Keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran
Kecergasan kerohanian-
Kepercayaan terhadap sesuatu penyatuan
Kecergasan fizikal-
Berasaskan kesihatan dan berasakan perlakuan motor atau kemahiran
Kecergasan emosi-
Keupayaan untuk mengawal emosi supaya berasa selesa untuk meluahkan perasaan
Senaman dan rekreasi-
Seseorang individu memerlukan senaman dan rekreasi dalam kehidupan seharian
Cara bersenam:
- Kadar denyutan nadi (KDN)
- Kadar nadi rehat (KNR)
- Kadar nadi maksimum (KNM)
- Kadar nadi simpanan (KNS)
- Kadar nadi latihan (KNL)
- Intensiti
Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:
a. Daya tahan kardiovaskular-
Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:
a. Daya tahan kardiovaskular-
merupakan keupayaan bersenam dalam tempoh yang
panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu
oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.
b. Kekuatan otot-
panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu
oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.
b. Kekuatan otot-
merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa
ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan sesuatu aktiviti dalam tahap
yang tinggi.
c. Daya tahan otot -
rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa
ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan sesuatu aktiviti dalam tahap
yang tinggi.
c. Daya tahan otot -
merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk
menghasilkan daya berulang - ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa
kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
d. Kelembutan –
kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
d. Kelembutan –
merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi - sendi dengan
sepenuhnya melalui pergerakan.
Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu
lemak, otot dan tulang. Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan
sepenuhnya melalui pergerakan.
Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu
lemak, otot dan tulang. Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan
bahagian lemak ini menentukan berat badan seseorang individu umum. Peratusan
lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.
lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.
Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor
Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor:
Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor:
a. Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara
mata, tangan kaki dan badan. Keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan
untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk menghasilkan pergerakan
badan yang tepat.
b. Imbangan merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan
tetap atau melakukan sesuatu aktiviti. Kebolehan untuk mengekalkan
keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau tapak
menyokongnya diubah.
c. Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar
arah. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
d. Kuasa merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan
melibatkan kekuatan dan kelajuan. Kebolehan individu melakukan sesuatu
pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan
yang tinggi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan
kuncupan otot.
e. Masa tindakbalas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak
apabila seseorang itu bertindakbalas. Masa tindakbalas selalunya di kaitkan
dengan faktor ketangkasan. Kebolehan seseorang itu bertindak dengan secepat
mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa
kecemasan dari segi menyelamatkan diri.
Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut
dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan
oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan individu berkait
rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak.
1)kenapa perlu memanaskan badan dan membuat regangan?
Dalam setiap sesi latihan Kickboxing, para pelatih perlulah membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Kenapa? Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah perlu untuk;
- Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan
- Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah
- Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda
- Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan
- Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan Kickboxing yang intensif akan bermula
- Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri
- Membantu melancarkan peredaran darah
- Kelegaan yang akan nikmatisetelah melakukannya
Jaga pernafasan anda agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika melakukan regangan.
Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan. Ini untuk memastikan anda meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.
Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan. Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan.
Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.
Aktiviti regangan sepatutnya tidak menyakitkan, jadi tolaklah fahaman 'No Pain, No Gain' yang telah lama tersemat dalam minda, barangkali sejak anda di bangku sekolah lagi. Kesakitan ketika atau akibat aktiviti regangan mungkin menandakan yang tubuh badan anda telah mengalami kecederaan.
2) kenapa perlu menyejukkan badan dan membuat kelongaran?
- Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
- Menjajar semula otot-otot.
- Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
- Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
- Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
- Mententeram atau merelakskan anda.