Monday, 9 July 2012


KLASIFIKASI KECEDERAAN

Terbahagi kepada 2 jenis :
                                                                                                                                   
              1.    Tenat
-       Kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba

              2.   Kronik
-       Kecederaan yang wujud berpanjangan
-       Dalaman / di dalam otot yang memakan masa yang lama untuk sembuh

KECEDERAAN TISU LEMBUT

     Kontusi (contusion)

  1.  Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan cedera pada saluran darah atau  
       saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.
  2.  Bengkak & pergerakan terbatas.
  3.  Otot terkoyak (muscle strain) disebabkan oleh pengecutan otot secara tiba -tiba   
       atau  disebabkan ketidakupayaan otot menanggung beban kerja berlebihan.
  4.  Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa merasai  
       kesakitan di bahagian tercedera.
  5.  Kekejangan otot (muscle cramp) keadaan di mana otot hilang. Kontraksi buat 
       sementara dan mengalami muscle spasm menjadikan otot rasa keras dan  
       mangsa kesakitan.
  6.  Ianya berpunca dari atlet kurang cergas (dari aspek daya tahan otot),       
    kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilangan  
    air).

Terseliuh

 1.  Berlaku apabila ligamen sendi terkoyak atau teregang secara tiba- tiba  
      menyebabkan sendi tidak stabil.
 2.  Tanda : bentuk ganjil dan cacat, bengkak dan lebam.

·         TULANG RETAK

– Tulang mengalami pukulan hentakan yang tidak tepat / tidak terus (hentakan  
   sipi)

– Sebahagian tulang retak kerana ulangan.

– Pukulan / hentakan yg kerap

– Kesakitan / kurang selesa pada tulang.

·         PATAH TULANG

Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang. Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak. Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.


KECEDERAAN TISU KERAS

Dislokasi (dislocation)

 1.  Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari asalnya kejadian di mana pergerakan   
      yang diluar dari julat asal.
 2.  Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atau terkeluar dari tempat  
      asal.
 3.  Tanda : bentuk ganjil, hilang daya pergerakan, bengkak. 

   Konkusi (concussion)
Konkusi ialah hentakan ke atas kepala yang biasanya trauma otak. Konkusi biasanya berlaku dalam sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, tinju dan sukan mempertahankan diri. Kerap kali atlet yang mengalami konkusi akan merasa loya dan hilang imbangan seketika walaupun kes amnesia jarang berlaku. Simptom konkusi tidak jelas kelihatan dan mangsa harus dirujuk kepada pakar perubatan secepat mungkin.


TOTAPS - Kecederaan luar / nampak darah

Talking
-dapatkan maklumat punca dari mangsa/rakan mangsa/kesan badan
-hubungi pihak pakar dan tanya apa yang perlu dilakukan

Observe
-lihat tempat kecederaan
-lihat tanda dan symptom

Touch
-sentuh untuk kenalpasti bahagian terlibat berpandukan reaksinya

Active
-reaksi mangsa aktif-tidaklah kronik/tenat

Passive
-reaksi mangsa pasif-diam/terkejut

Skill
-pergerakan yang dapat/boleh dilakukan oleh mangsa-gerakan ibu 
 jari/kaki/tangan/kepala dan lain-lain

RICE

Rest
-rehatkan bahagian yang cedera

Ice
-letakkan ais yang dibungkus dengan kain, air meresap keluar
-untuk menurunkan suhu di tempat cedera kerana kapilari darahnya putus/cedera

Compression
-balut dengan kain bersih, tekanan selama 15-20 minit

Elevation
-tinggikan bahagian yang dibalut

PENCEGAHAN KECEDERAAN

-memanaskan badan, regangan/cooling down
-kemahiran dan teknik
-mengikut peraturan
-persekitaran; tempat bermain, pakaian dan peralatan, ketinggian
-prosedur kawalan; kawalan diri pelajar, pengadil dan latihan/program 
 pertandingan oleh jurulatih