Wednesday, 1 August 2012

KHEMAH SEMENTARA


KHEMAH SEMENTARA

FUNGSI :
- boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk
- boleh menyembunyikan diri daripada musuh yang berbahaya
- selalu digunakan oleh tentera dan pengembara dalam hutan rimba dan kawasan
  yang tidak diterokai


Contoh khemah sementara lain: KHEMAH BENTUK DINDING

K
hemah berbentuk dinding sesuai digunakan
untuk perkhemahan berkumpulan.Khemah ini
mempunyai penahan angin atauhujan pada
bahagian tepinya.
Penahan angin  :15 - 25sentimeter
khemah bentuk dinding
Panjang khemah  : 7.75 meter
Lebar khemah  : 3.9 – 4.2 meter(termasuk penahan angin)
Kelebihan  : Mudah disimpan, dibawa dan senang untuk didirikan.

CARA PEMASANGAN
•     Khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan dua batang tiang
      dan satu batang kayu bumbung.
•     Potong kayu atau buluh, tinggi berukuran 1.2 hingga 1.5 sentimeter
      untuk tiang khemah.
•     Kemudian, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat seraya.
•     Akhir sekali, helaian khemah dipasang.







 JERAT DAN PANDU ARAH




1-JERAT BIDAS


2-KURUNGAN



3-PELANTAK MONYET


PANDU ARAH
GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

Gambar 1, 2 dan 3 bermaksud anda berada di laluan yang betul. Cara penandaannya ialah dengan ikatan plastik, tali, tetakkan pada pokok , semburan cat dan sebagainya.

GAMBAR 4

Gambar 4, di atas bermaksud "Ikut arah batu kecil". Boleh dibuat dengan batu, atau dilukis di tanah. Batu yang paling kecil, itulah arah yang harus diikuti.

GAMBAR 5

Gambar 5, di atas bermaksud "Ikut arah jalan anak panah". Boleh dibuat dengan batu, atau dilukis . 



GAMBAR 6

Gambar 6, di atas bermaksud "ikut arah hujung rumput" rumput atau lalang disimpulkan.


PANDU ARAH
Maksud pandu arah:
Proses atau aktiviti tepat menentukan kedudukan seseorang dan merancang dan mengikuti laluan.

Jalan 5 langkah ke hadapan
Bahaya
Bergerak ke kiri
Tiba di tapak perkhemahan
Ikut arah hujung rumput

IKHTIAR HIDUP  [AKTIVITI MEMASAK]

Pada minggu yang lepas, Kami Belajar mengenai ikthiar hidup. Kami diarahkan oleh Pn.Faridah untuk menyediakan makanan yang bersesuaian untuk dimakan di dalam hutan. Kumpulan saya memilih untuk memasak makanan bakar salah satunya makanan yang dibakar ialah ayam bakar. Alhamdulillah, pilihan masakan kami memang tepat. makanan yang dimasak dapat dimasak dengan cepat, ringkas malah berkhasiat. 


   Sebagai contoh, jika seseorang tersesat didalam hutan, individu tersebut perlulah mempunyai   
pengetahuan untuk menghidupkan api dengan menggunakan sumber semulajadi. Apabila kita peka pada sekeliling dan faham langkah sebegitu, proses seperti memasak dan sebagainya akan menjadi urusan yang mudah untuk dilaksanakan.

Berbalik pada aktiviti memasak, setiap kumpulan ditugaskan untuk menghidupkan api dengan menggunakan bahan semulajadi seperti ranting kayu, batu dan daun kering serta mengawal api.
Bahan yang wajib dimasak adalah:

  • Nasi putih
  • Ikan/ ayam bakar
  • Sayur
  • Satu jenis lauk lain


CONTOH GAMBAR HIASAN:

Nyamie3 sedapnya.......





Pengajaran yang perlu diingat:
  • Faktor menghidupkan api ialah oksigen.
  • Bahan yang boleh menyalakan api.                          
  • Cara pengawalan api.





GAMBAR API HIASAN:







AY

PROPOSAL PERKHEMAHAN (Rekreasi HSM 225)



 Panduan untuk menulis kertas kerja:


1.Tajuk program:
   Perlu dinyatakan dengan jelas.
2.Pendahuluan: 
   Ceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3.Maklumat program: 
   Tarikh, masa dan tempat.
4.Objektif: 
   Memberikan sekurang-kurangnya 2 atau 3 objektif mengapa aktiviti dijalankan.
5.Penyertaan peserta terlibat:
  Jumlah ahli yang turut serta.
6.Jawatankuasa aktiviti: 
   -Penanung
   -Penasihat
   -Pengerusi
   -Setiausaha
   -Bendahari
   -Biro-biro kecil: AJK pengangkutan, makanan, perubatan, logistik, keselamatan dan lain-lain
7.Aturcara program:
  Maklumkan tentatif program.
8.Anggaran perbelanjaan:
    Maklumkan secara terperinci.
9.Penutup:
    Nyatakan hasrat dan berterima kasih atas segala urusan yang diluluskan.
    Tulis nama, jawatan dan tandatangan pengerusi.