Monday, 1 October 2012




Sunday, 16 September 2012


KAYAK & KANU

DEFINISI KAYAK
- Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur.

SEJARAH KAYAK & KENU
     Aktiviti kanu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan untuk tujuan pengangkutan, tetapi kini ia merangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.

    Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia 

    Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatanberkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya. 

PERBEZAAN KAYAK DAN KENU






KAYAK                                  
 

    












                    KENU









JENIS-JENIS KAYAK

MANDESTA (V)

Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Dengan menggunakan perahu jenis ini ia memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.

                               


OTTER SPORT (U)

Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru bermula dalam olahraga dayung. Ini disebabkan oleh permukaan bawahnya yang rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.





SLALOM (O)

Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.
Kayak slalom digunakan dalam keadaan arus yang selok belok. Kayak ini berbentuk pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam dibahagian hadapan. Demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.














No comments:

Post a Comment